Khamis, 11 April 2013

Kenapa Wanita Lebih Setia Berbanding Lelaki?



Lumrahnya begitu. Sifat kesetiaan sudah sebati ada dalam darah daging wanita. Biarpun hakikatnya wanita juga mampu melakukan kesilapan besar tetapi kaum Hawa adalah umat paling jarang menduakan pasangannya. Manakala lelaki sering menggunakan alasan hak kuota empat untuk tidak setia.
Hubungan utuh terjalin dengan adanya sebuah kesetiaan. Memang sukar mahu kekal setia di era teknologi yang membenarkan kita menjalinkan hubungan persahabatan di alam maya. Kadang-kadang Facebook, Twitter dan Instagram juga mampu memusnahkan bukan sahaja percintaan malah sebuah perkahwinan.
Berikut adalah fakta kenapa persoalan di atas?
1. Wanita kurang berbohong berbanding lelaki. Wanita berkata benar setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi jika terkena lelaki, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan ada kebenarannya. Senang cerita, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya sepatah yang betul.
2. Perempuan menerima lelaki seadanya, tanpa menilai status atau darjat. Susah senang wanita sanggup harungi bersama demi cinta. Lelaki zaman ini pula lebih cenderung memilih pasangan berdarjat. Sanggup meninggalkan pasangan sebelumnya hanya kerana mengejar gadis yang lebih bagus berharta, berkedudukan atau popular.
3. Ketika lelaki mengalami masalah, wanita sanggup menjadi pendengar setia. Sering memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan. Semua saranan bakal dibentangkan agar si buah hati menemui jalan penyelesaian.
4. Memahami lelaki lebih di saat jatuh bangunnya dia. Wanita akan menghulurkan tangannya saat kehancuran pasangan. Takkan pernah terfikir meninggalkan pasangan walaupun lelaki itu tinggal sehelai sepinggang (mungkin ada yang kurang setuju, tetapi hakikatnya ramai yang sanggup susah bersama).
5. Sifat keterbukaan tanpa ada selindung. Wanita berterus-terang mengenai segala hal. Tiada apa perlu disorokkan. Berbanding lelaki yang punya pelbagai lapisan dalam diri mereka. Malah lebih banyak berselindung dari berterus-terang.
6. Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat. Segala rahsia diceritakan kepadanya pasti terkunci. Wanita tidak suka menjaja keaiban pasangannya. Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun setelah berpisah.
7. Tidak penah meminta-minta wang ringgit daripada lelaki kerana wanita kini lebih berdikari. Lelaki pula suka mengambil kesempatan
jika pasangan mereka lebih berduit. Terdapat juga kes di mana lelaki sanggup curang dengan isteri kerana tidak dimanjakan dengan wang.
8. Wanita berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya. Sanggup membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau apa-apa juga keperluan yang didambakan.
9. Seandainya ada lelaki lebih kacak sekalipun memberikan perhatian dan nombor telefon, wanita lebih cenderung bercerita mengenai dirinya yang telah berpunya. Sebaliknya lelaki kalau mendapat perhatian wanita seksi, pasti mula mengaku solo.
10. Wanita tak kisah diajak bertandang ke rumah keluarga kekasih. Tak kira berapa pun usia percintaan tetapi wanita tetap tenang untuk berdepan keluarga kekasih. Lelaki selalunya memberi alasan belum bersedia. Padahal mereka takut jika berjumpa keluarga nanti, soal perkahwinan terpaksa dibincang lebih awal.

Ahad, 3 Mac 2013

Istikarah

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS Ar-Rum [30]:21)
Dari ayat tersebut telah jelas bahawa manusia diciptakan Allah dengan pasangannya. Jadi jangan merasa berkecil hati jika saat ini masih ada yang belum menemui jodohnya atau telah bertemu jodoh dan Allah berkehendak lain dengan jodoh tersebut
Urusan jodoh memang seringkali dikaitkan dengan “rahsia Tuhan” yang mengejutkan. Seseorang yang berparas menarik dan memiliki sekian kelebihan, tetapi tidak menemui pasangan. Sementara seseorang yang dipandang biasa-biasa saja  lebih cepat berkahwin. Jodoh memang sudah ditentukannya tetapi bukan bererti kita cuma berdiam diri tanpa adanya usaha.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Menemukan pasangan menuntut sejumlah usaha aktif yang komprehensif. Usaha-usaha positif dalam menemukan pasangan dapat disebut sebagai “menjemput jodoh”. Bagi orang yang beriman, berdoa adalah puncak segala usaha. Bahkan Islam menyebut doa sebagai silah al-mu’min (senjata mu’min).
Dalam mengenali pasangan, manusia tetap dibatasi kemampuannya untuk melihat pada aspek-aspek fizikal jasmani dan hal-hal yang nampak dimata. Sementara aspek batin yang tersembunyi tetaplah milik Allah. Solat Istikarah merupakan upaya untuk memohon kepada Tuhan dalam membantu memilih calon pasangan. Jangan terburu-buru untuk menolah atau menerima sebelum upaya berdoa ini dilakukan agar tidak salah pilih.
Begitu dahsyatnya keajaiban solat istikarah dalam memantapkan hati dalam menentukan pilihanBahawasanya orang yang telah melaksanakan solat istikarah hendaklah melaksanakan apa yang telah diazamkannya, baik hatinya menjadi terbuka maupun tidak .
Bermunajat pada Allah dalam sepertiga malamnya memohon diberikan pilihan terbaik dalam hidupnya sebuah petunjuk dalam memantapkan hati mengenai  jodoh yang menjadi misteriNYA.
“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.
Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu Ya Allah, terbaik buat agamaku Ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah, maka aku memohon kepadaMu YaAllah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu Ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.
Namun Ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba YaAllah, maka Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, Ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah. Amin

Jadi, bagi yang belum bertemu jodoh, bersikap optimislah, temui serta jemputlah calon jodoh anda dengan ikhtiar yang maksimum. Yakinlah bahawa Allah telah menentukan segala sesuatu berpasang-pasangan. Mudah-mudahan Allah membimbing usaha anda untuk sampai kepada jodoh yang ditakdirkan. Amin.
Jangan menyerah kegagalan yang pernah terjadi dalam menjemput jodoh bukan bererti kegagalan selamanya. Satu prinsip yang kan selalu melekat dihati ” La Tahzan Innalloha Ma’ana”
Senyum terindah untuk jodoh yang Allah telah persiapkan



Soleh Dan Solehah Dahulu

soleh dan solehah  
Dalam fasa dua puluh ini, perkahwinan itu menjadi tajuk penting dalam apa-apa topik perbualan. Kekadang, apabila kita sibuk bercakap soal itu ini.. di akhir topik nanti, kita diuji bab soal kahwin pula. Bila mahu kahwin? Sudah berkahwin atau belum? Dan pelbagai lagi soalan-soalan yang berkembar dengannya. Begitulah kehidupan. Mungkin, apabila buah sudah masak… sudah masanya untuk disabit.
Akil baligh, selalunya disinonimkan dengan perkahwinan. Katanya, sudah sampai masa. Sampai seru! Tetapi, usah kita lupa perihal akil baligh ini. Ia bukanlah soal kita sudah boleh berkahwin ataupun tidak. Ia adalah soal tanggungjawab. Ya. Tanggungjawab yang dimaksudkan, bukanlah semata-mata menjaga anak orang sahaja.
Tanggungjawab yang dimaksudkan adalah, matang dalam bertanggungjawab. Antara tanggungjawab kita sebagai seorang hamba terhadap DIA. Bagaimana mungkin seorang hamba itu boleh bertanggungjawab ke atas makhluk lain, sedangkan dia melepaskan tanggungjawabnya terhadap Tuhannya? Jadi, yang utama jangan kita abaikan. Insya-Allah, yang kemudian akan dipermudahkan.
Sebelum kahwin
Ramai yang berusaha mencari pasangan hidup masing-masing. Ia satu usaha yang baik dan relevan. Sehinggakan, statement mencari bakal imam dan bakal makmum bermain di dunia maya. Hampir setiap masa, sentiasa ada. Dalam mencari pasangan hidup boleh dikatakan semua insan mahukan yang terbaik.
Mahukan yang begitu, mahukan begini, faham-fahamlah sendiri. Tetapi, dalam proses mencari pasangan hidup, ramai yang bercita-cita besar untuk mendapatkan yang baik-baik, dan soleh solehah. Jika boleh, pasangan yang diinginkan nanti, seorang yang boleh solat berjemaah bersama-sama, taat kepada orang tua, menutup aurat dengan sempurna, bijak dalam bab agama, boleh membimbing, dan lain-lain lagi.
Itu baru sifat luaran yang boleh kita perlihatkan. Tetapi sifat dalaman pula, tidak ketinggalan. Segelintir daripada kita, mahukan kualiti. Sifat sabar, pemurah, sopan santun, syukur, redha, takwa… wah! Teropong hatilah jawabnya.
Selepas berkahwin
Suami isteri juga tidak ketinggalan. Kerana, pasangan suami isteri selalunya inginkan keluarga mereka menjadi baik. Sebuah keluarga yang taat dan patuh pada agama, keluarga sakinah. Si bapa, inginkan isteri dan anak-anak menjadi insan yang berguna. Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain. Jika tidak si ibu, si anak juga sama. Fitrah manusia yang cintakan kebaikan!
Penutup
Jadikanlah diri kita terlebih dahulu baik. Soleh dan solehah. Berkeinginan, tidaklah salah. Yang salah adalah, apabila kita mengabaikan diri dan taksub pada keinginan diri semata-mata. Bersederhanalah dalam berkeinginan. Kerana, kita semua tidaklah sempurna!
Dalam proses menjadi baik, soleh dan solehah. Ia adalah proses yang berterusan. Mungkin, bakal pasangan atau ahli keluarga kita pada hari ini cuma baik pada satu sudut sahaja. Tetapi, tidaklah mustahil pada kemudian hari bakal pasangan serta ahli keluarga kita menjadi lebih baik lagi! Belajar dan terus belajar.
Bermula dengan diri sendiri dahulu. Ia adalah proses yang baik dan tepat. Kerana, kebergangtungan pada diri sendiri adalah lebih utama berbanding bergantung pada orang lain. Andai kita bergantung sepenuhnya pada bakal pasangan kita serta ahli keluarga begitu dan begini, boleh jadi, kita dapat sebaliknya.
Kekecewaan mempengaruhi perasaan. Muhasabah diri. Jika kita inginkan yang baik, kita perlu jadi baik terlebih dahulu. Jika kita rasa diri sudah baik, tetapi jawapan masih lagi belum tiba.. ia bermakna Tuhan ingin memberikan kita pasangan yang jauh lebih baik. Sekian…

Soleh dan solehah kanlah dahulu dirimu!





Cinta Itu Adalah Fitrah..

     
Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumberkan dari fitrah yang diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia , iaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS Ar Rum : 21)
Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor, kerana kekotoran dan kesuciannya bergantung kepada kita. Jika kita mengarah cinta itu kepada kebaikan, maka terbitlah cinta yang suci dan halal. Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan hawa nafsu semata – mata, maka terbitlah cinta  yang kotor dan haram
Cinta mengandungi segala makna kasih sayang , keharmonian , penghargaan dan kerinduan, disamping mengandungi persiapan untuk menempuh kehidupan dikala suka dan duka, lapang dan sempit.
Cinta bukanlah hanya sebuah tarikan luaran sahaja.Tarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta, bukan puncaknya. Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan. Tetapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik.
Islam adalah agama fitrah. Kerana itulah Islam tidaklah membelenggu perasaan manusia. Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia. Akan tetapi Islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.
Islam membersihkan dan mengarahkan perasaan cinta. Islam mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah, kita harus bersih dari persentuhan dan perkara – perkara lain yang haram.
Jadi, kenapa ada sesetengah dari kita mahu menghalang perasaan cinta?
Cinta itu hendaklah dikawal, Bukan Dihalang. Kerana Cinta adalah Fitrah


Rabu, 27 Februari 2013

95 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Mesti Tahu






Seringkali nya terjadi pertelingkahan di antara lelaki dan wanita kerana saling salah faham antara satu sama lain. Salah faham ini terjadi kerana kurangnya pengetahuan tentang sifat gender masing masing. Lelaki sukar memahami wanita dan begitu juga sebaliknya. Namun, kita sebagai individu perlulah pandai menganalisa maklumat dan belajar memahami sifat sebenar seseorang yang berlainan gender dengan kita. Jadi di bawah ini, jom kita lihat 95 perkara tentang lelaki yang kaum wanita mesti tahu.


                                             95 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Mesti Tahu

  • Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
  • Lelaki benci kekasih di’ngurat’
  • Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
  • Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
  • Awak buat apa tu? ” atau “ Awak dah makan? ”adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
  • Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
  • Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
  • Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
  • Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
  • Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
  • Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. … Jangan harap..
  • Lelaki juga boleh menangis!
  • Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
  • Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
  • Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
  • Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
  • Memberikan lelaki mesej tergantung seperti “Kau tau apa?!… Argh … Takde apa-apa!” Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
  • Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
  • Ketika seorang lelaki membuat “umm” berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
  • Ketika seorang gadis berkata “tidak“, seorang lelaki mendengarnya sebagai “cuba lagi esok“. 
  • Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.
  • Lelaki benci gay!
  • Lelaki sayangkan ibu mereka.
  • Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.
  • Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.
  • Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.
  • Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.
  • Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.
  • Perempuan adalah kelemahan lelaki.
  • Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
  • Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.
  • Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.
  • Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.
  • Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.
  • Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.
  • Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat … 
  • Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.
  • Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.
  • Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.
  • Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.
  • Lelaki boleh berbual tentang apa pun.
  • Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.
  • Lelaki berfikir terlalu banyak.
  • Fantasi lelaki tidak terbatas.
  • Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.
  • Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu. 
  • Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.
  • Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.
  • Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.
  • Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.
  • Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.
  • Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah. 
  • Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.
  • Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.
  • Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya.
  • Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, “Jangan pergi dan dengar saya” 
  • Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.
  • Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.
  • Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!
  • Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.
  • Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.
  • Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan.
  • Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki 
  • Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.
  • Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up
  • Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. …. Amat-amat cinta.
  • Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! … … Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia
  • Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.
  • Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!
  • Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.
  • Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut.:)
  • Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
  • Lelaki tidak memahami kenyataan “Get Lost” dengan baik.
  • Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
  • Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.
  • Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.
  • Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.
  • Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.
  • Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.
  • Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
  • Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
  • Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
  • Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
  • Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
  • Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
  • Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
  • Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.
  • Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.
  • Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
  • Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.
  • Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. ’Tetapi bukan pada rambut mereka!’
  • Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda.
  • Lelaki benci perempuan yang gedik.
  • Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda.
  • Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka …

Srikandi Islam: Maryam, Namanya Tercatat Di Dalam Al-Quran


maryam

Istimewanya Maryam.

Antara seluruh wanita yan diciptakan oleh Allah di dunia ini, hanya Maryam saja yang diletakkan namanya sebagai salah satu surah dalam al-Quran. ye kan? U alls tahu, ini maknanya Maryam bukanlah calang-calang wanita. Maryam adalah hamba Allah yang solehah.
 
Keistimewaan Maryam bermula sejak beliau berada dalam perut ibunya lagi. Ketika mengandungkan Maryam, ibunya bernazar kepada Allah bahawa dia mahu anak yang bakal dilahirkan itu menjadi ahli ibadah.  Setelah lahir Maryam dijaga oleh bapa saudaranya, Nabi Zakaria a.s. Maryam membesar dengan mengabdikan diri sepenuhnya di rumah Allah dan ketika Maryam beribadah beliau menerima hidangan istimewa dari syurga. MasyaAllah…bertuahnya Maryam kan?
 
Dikurniakan Anak.
Suatu ketika, sedang Maryam beribadah, Malaikat Jibril datang kepadanya. Jibril menyampaikan kepada Maryam bahawa Allah swt ingin mengurniakan seorang anak kepada beliau. Maryam terkejut dan hairan.    ”Bagaimana aku boleh melahirkan seorang anak sedangkan aku tidak berkahwin?” Tanya Maryam.
Jibril menjelaskan perkara itu mudah bagi Allah. Sebagaimana Allah menciptakan Nabi Adam a.s tanpa proses ibu bapa begitu juga Allah ingin menciptakan Nabi Isa a.s iaitu Putera Maryam. 
 
Maryam akur dengan perancangan Allah swt walaupun beliau bakal menerima cercaan dari masyarakat. Apabila anak kecil itu keluar, dia berkata kepada ibunya, Nabi Isa kan boleh bercakap waktu dia masih kecilkan? masa sekolah pun belajar ni..dah lupa yeee…kalau u alls nak tahu apa yang Nabi Isa a.s pesan kat ibunya..tengok surah Maryam ayat 24 hingga 26…
 
Isa Seorang Nabi.
Apabila Maryam pulang bersama anak kecilnya, beliau menerima cacian daripada masyarakat. Mereka mengatakan Maryam wanita yang tidak suci. Namun memikirkan pesanan bayinya, Maryam mendiamkan diri. Dengan kuasa Allah, bayi Maryam menjelaskan kedudukan ibunya kepada masyarakat Bani Israel seperti yang tercatat dalam surah Maryam… u alls kena cek balik surah Maryam ayat 27 hingga 33…
 
Itulah serba sedikit tentan Maryam, Ibu kepada Nabi Isa a.s dan apa yang berlaku dalam  hidup Maryam adalah bukti kebesaran Allah swt. Dan beliau adalah salah seorang wanita yang telah dijanjikan syurga oleh Allah swt. Ok..setakat itu saja yang mampu KY catatkan..kalau ada penambahan..u alls tambahlah…mungkin ada yang tertinggal ni..ok? wallahualam…
 
Maksud ayat 24 hingga 26
” Tidak, janganlah kamu bersedih, sesungguhnya pemelihara kamu mengadakan dibawah kamu sebuah anak sungai. Goyangkanlah kepada kamu batang kurma, ia akanmenjatuhkan kapada kamu kurma yang segar dan masak. Maka makan dan minumlah dan bergembiralah. Dan jika kamu lihat seseorang manusia, katakanlah, “aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa dan pada hari ini aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun.”
 
Maksud ayat 27 hingga 33
“Sesungguhnya aku hamba Allah, Dia memberi aku al-kitab dan menjadikan aku seorang Nabi.”
” Dia membuat aku diberkati dimana sahaja aku berada, dan Dia mewasiatkan aku supaya bersolat dan berzakat selama aku hidup.”
“Dan taat kepada ibuku, dan Dia tidak membuat aku sombong, sengsara. Kesejahteraan ke atasku, pada hari aku diberanakkan, dan hari aku mati dan hari aku dibangkitkan hidup”

Selasa, 26 Februari 2013

Siapakah Sahabat Rasulullah Yang Dimandikan Oleh Malaikat



Siapakah Sahabat Rasulullah Yang Dimandikan Oleh Malaikat  | Bercakap tentang pergorbanan parasahabat waktu ketika dahulu memang tiada tandingannya. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demiIslam. Jadi tidak hairanlah, apabila seorang sahabat yang dikenali sebagai Hanzalah bertindak menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW biarpun dirinya baru sahaja mengadakan majlis pernikahan. Ia biarkan rasa seronok, semata-mata untuk memberi kemenangan kepada Islam. Allahuakhbar!
hanzalah
Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah s.a.w., “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti.” Pada masa itu, Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini,” balas Rasulullah s.a.w.. “Tetapi saya sungguh berhajat bagi menyertainya, ” Hanzalah bertegas. Rasulullah s.a.w. berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.
Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu; perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkn dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.
“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”
“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”
“Perang akan bermula!”
Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka.” “Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah.”
Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya semoga saya beroleh kemenangan.” Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan.”
Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.
Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat sanggar wibawa tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut; akhirnya Abu Sufyan sungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.
Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya, dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak.” Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. “Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.