Rabu, 27 Februari 2013

Srikandi Islam: Maryam, Namanya Tercatat Di Dalam Al-Quran


maryam

Istimewanya Maryam.

Antara seluruh wanita yan diciptakan oleh Allah di dunia ini, hanya Maryam saja yang diletakkan namanya sebagai salah satu surah dalam al-Quran. ye kan? U alls tahu, ini maknanya Maryam bukanlah calang-calang wanita. Maryam adalah hamba Allah yang solehah.
 
Keistimewaan Maryam bermula sejak beliau berada dalam perut ibunya lagi. Ketika mengandungkan Maryam, ibunya bernazar kepada Allah bahawa dia mahu anak yang bakal dilahirkan itu menjadi ahli ibadah.  Setelah lahir Maryam dijaga oleh bapa saudaranya, Nabi Zakaria a.s. Maryam membesar dengan mengabdikan diri sepenuhnya di rumah Allah dan ketika Maryam beribadah beliau menerima hidangan istimewa dari syurga. MasyaAllah…bertuahnya Maryam kan?
 
Dikurniakan Anak.
Suatu ketika, sedang Maryam beribadah, Malaikat Jibril datang kepadanya. Jibril menyampaikan kepada Maryam bahawa Allah swt ingin mengurniakan seorang anak kepada beliau. Maryam terkejut dan hairan.    ”Bagaimana aku boleh melahirkan seorang anak sedangkan aku tidak berkahwin?” Tanya Maryam.
Jibril menjelaskan perkara itu mudah bagi Allah. Sebagaimana Allah menciptakan Nabi Adam a.s tanpa proses ibu bapa begitu juga Allah ingin menciptakan Nabi Isa a.s iaitu Putera Maryam. 
 
Maryam akur dengan perancangan Allah swt walaupun beliau bakal menerima cercaan dari masyarakat. Apabila anak kecil itu keluar, dia berkata kepada ibunya, Nabi Isa kan boleh bercakap waktu dia masih kecilkan? masa sekolah pun belajar ni..dah lupa yeee…kalau u alls nak tahu apa yang Nabi Isa a.s pesan kat ibunya..tengok surah Maryam ayat 24 hingga 26…
 
Isa Seorang Nabi.
Apabila Maryam pulang bersama anak kecilnya, beliau menerima cacian daripada masyarakat. Mereka mengatakan Maryam wanita yang tidak suci. Namun memikirkan pesanan bayinya, Maryam mendiamkan diri. Dengan kuasa Allah, bayi Maryam menjelaskan kedudukan ibunya kepada masyarakat Bani Israel seperti yang tercatat dalam surah Maryam… u alls kena cek balik surah Maryam ayat 27 hingga 33…
 
Itulah serba sedikit tentan Maryam, Ibu kepada Nabi Isa a.s dan apa yang berlaku dalam  hidup Maryam adalah bukti kebesaran Allah swt. Dan beliau adalah salah seorang wanita yang telah dijanjikan syurga oleh Allah swt. Ok..setakat itu saja yang mampu KY catatkan..kalau ada penambahan..u alls tambahlah…mungkin ada yang tertinggal ni..ok? wallahualam…
 
Maksud ayat 24 hingga 26
” Tidak, janganlah kamu bersedih, sesungguhnya pemelihara kamu mengadakan dibawah kamu sebuah anak sungai. Goyangkanlah kepada kamu batang kurma, ia akanmenjatuhkan kapada kamu kurma yang segar dan masak. Maka makan dan minumlah dan bergembiralah. Dan jika kamu lihat seseorang manusia, katakanlah, “aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa dan pada hari ini aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun.”
 
Maksud ayat 27 hingga 33
“Sesungguhnya aku hamba Allah, Dia memberi aku al-kitab dan menjadikan aku seorang Nabi.”
” Dia membuat aku diberkati dimana sahaja aku berada, dan Dia mewasiatkan aku supaya bersolat dan berzakat selama aku hidup.”
“Dan taat kepada ibuku, dan Dia tidak membuat aku sombong, sengsara. Kesejahteraan ke atasku, pada hari aku diberanakkan, dan hari aku mati dan hari aku dibangkitkan hidup”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan